Tuesday 16 October 2012

::CintaAbadi::

" Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingatiKu. Jika ia ingat kepadaKu didalam hatinya, Aku akan ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKU di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik. Dan jika ia mendekatiKU sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta, Dan jika ia mendekatiKU sehasta, Aku punmendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKU berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."

HAdith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra..


::Alhamdulillah... terima kasih Allah.. saatku terasa jauh denganMU, ku dengar kata2 ini, membuatkan ku rase bersyukur kerana Kau masih sayangkan aku... Kau masih pegangku dari terus hanyut... Allahurobbi.... ::

~TerimaKasihKasihAwin~

Thursday 30 August 2012

~ISTIQOMAH~


:: Ya Allah, istiqomahkanlah kami dalam perjuangan ini... kuatkanlah hati kami...::

SYEKH AL-ISLAM IBNU TAIMIYAH BERKATA ,

"Sebesar-besar karomah adalah memgang ISTIQOMAH"



Monday 27 August 2012

AL-FURQAN


RENUNGAN........
Sesiapa yang berkata dengan Al-Quran, dia adalah benar...
Sesiapa yang berhukum dengannya, dia bersifat adil...
Sesiapa yang mengajak kembali kepadanya, maka dia akan diberi HIDAYAH ke jalan yang lurus...
Sesiapa yang beriman dan beramal dengannya, maka dia tidak akan sesat didunia dan tidak akan disiksa di akhirat....

Wednesday 25 July 2012

~~SAAT CINTA BERSEMI~~


Saat ak rase rasa sendirian, Allah ade bersamaku... jangan pernah rasa keseorangan untuk berhadapan dengan  apa jua mehnah dan tribulasi yang bakal datang....

Aku bukan lah sape2 untuk menjadi kudwah hasanah pada sahabat2, tapi ak adalah amanah Allah untuk sebarkan kudwah hasanah walaupun kudwah ak tidak sebaik mana untuk diikuti... tp ak cuba merubah diri untuk menjadi lebih baik... 

setiap bicara yang ak cuba lontarkan, kadang2 membuat ak berfikir 2X untuk meneruskan kata2 kerana ak teringat ayat Allah yang bermaksud"Wahai orang-orang yang BERIMAN! Mengapa kamu mengatakan SESUATU yang tidak kamu KERJAKAN? Itu sangatlah DIBENCI di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan." [QS. Ash-Shaff, 61: 2-3] 

tapi, dengan kata2 ini juga membantu ak untuk menjadi lebih baik kerana Allah sedang tegur dalam bicaraku agar ak berubah... ingat juga pada sahabat seperjuangan ak yang pernah tadabbur ayat ini, membuat kan ak lebih banyak berfikir tentang kehidupan kita sekarang. Allahurobbi... 

Maafkan daku Ya Allah..bimbinglah hambamu yang hina ini.. masih banyak ilmu yang ak perlu terokai... berilah kami kefahaman dalam menuntut ilmuMu ya Allah... 

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]..

terima kasih Allah...  SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT!!!!!

wallahua'lam... wa ilalliqo' ma' salamah... =) 

kisah atuk n cucu..=)

.:: 6 Ramadhan 1433H ::.

Bacalah Al-Qur'an even kita tak faham semuanya..
Kerana ia takkan sia-sia...


Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.

Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’
Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata,

‘Bawa guni arang batu ini ke sungai & isikan atuk seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata, ‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran.

Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.


"Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk & rahmat bagi kaum yang meyakini". (Al- Jasiyah, 45:20)




Wednesday 4 July 2012

~The Chosen One~



Lirik Lagu The Chosen One- Maher Zain



In a time of darkness and greed

It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasul Allah


You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira KhalqillahSallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah


Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira KhalqillahSallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see meSallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Friday 28 October 2011

~~meniti jiwa~~

jam sekarang menunjukkan pukul 4.32am............
nape aku x leh tido malam ni yer..hmmm.....bnyk jwpnnyer...
mungkin mlm ni ak rase tenang..tenang???.setelah sudah sekian lama hati ni x bersujud malam padaNYA... Alhamdulillah..mlm ni ak diberi peluang untuk bersujud padaNYA... jiwa ni seperti bekas yang baru terisi air.. tenang..tenang seperti tenangnya air di sungai yang diibarat seperti tiada buaya... Ya Allah..ku memohon padamua agar ku terus istiqomah dalam berada dimedan perjuangan ini..kau peganglah hati ini agar sentiasa bersama mereka untuk melakukan gerak kerja dengan hati yang ikhlas.... mungkin Kau tidak bebankan ak dengan gerak kerja yang banyak kerna Kau tau ak belum mampu untuk memikulnya... Kau Maha mengetahu segala yang terpahat dalam sanubari setiap hambaMU...
Ya Allah... ini mungkin ujian Kau berikan kepadaku... Kau ikatkan lah hati adik2 usrah untuk sama2 mencari sinar ilmu agama dan mengisi jiwa dengan makanan kerohanian..tatkala dengan usrah lah aku bertemu mereka2 yang sangat hebat dan ak bertemu diriku untuk menjadi lebih baik...kerna tanpa izinnya ak mungkin tidak akan bersama mereka dalam medan perjuangan ini...terima kasih kepada kak naqibahku dan seseorang yang sentiasa menjagaku sebelum dan selepas ku bersama dalam medan ini....


Ya Allah...terima kasih juga kerna Kau tlah satukan hati2 kami dengan satu ikatan aqidahMu... mereka bersama tatkala ka memerlukan semangat dan bimbingan....mereka ada tatkala ak perlukan kegembiraan... mereka tidak pernah lari bila ak cuba mengejarnya,,...terima Kasih ya Allah atas rahmat yang kau titipkan keatas hambaMU yang hina lagi dhoif ini.....


Kau berikanlah kefahaman dalam setiap tafsir ayat Al-quranMu dan kefahaman dalam bidang agama juga akademik agar ak tidak menjadi bahan ftnah dlm medan perjuangan ini..................

- semoga kita bertemu di syurgaNya~

Bertemu Cinta dalam SG, Hidup Lebih Indah terarah, Menyulam Tautan Hati Kerana ALLAH, Terpaterilah ikatan Aqidah