Wednesday 29 June 2011

Kasturi Syurga...


*     dirimu terhias sebaik-baik ciptaan, 
*      maka jadikanlah dirimu nisa yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan allah.
  
*      jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang. 
*      cantik dipandang tapi susah untuk dipegang.
  
*      jadikanlah dirimu gadis manis yang  x pernah kalah dengan redup panahan mata adam. 
*      biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah dijalan dakwah bertintakan darah & air mata perjuangan., dititipkan atas warkah penuh kemuliaan  & dikirim untuk mujahidah menuju tuhan...=)

Saturday 25 June 2011

MAwar-Mawar MujahiDah..

Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah

SEKALI WANITA TEERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA.....
SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.....

Friday 24 June 2011

Dengarlah duhai temanku sayang



Dengarlah duhai temanku sayang.


Temanku,
Allah menciptakan manusia sama sahaja,
Dengan sebaik- baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu yang berbeza-beza.
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yg tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kita diberi peluang membuat pilihan,
Kita juga tanggung natijahnya,
"sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian“"
(surah al-Tin : 4)

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kekal disana rendah darjatnya,
”"Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman diantara kamu dan orang yang berilmu beberapa darjat"“.
(surah al-mujadilah :11)

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
jika tidak dituang air,
molekul udara akan memenuhinya,
begitu juga diri kita
jika tidak diisi iman,
masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlukan pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yg takutkan Allah,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kita ummat pilihan,
“"WE are the best ummah”"
"Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa"
(Al-Hujurat : 13)

Jelaskan visi perjalanan,
-"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari azab neraka".” (al-baqarah :201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
“"Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan”"
(al-alaq :1-2)

 Temanku,
Kita tidak bodoh andai kita GAGAL selepas BERUSAHA,
Kerana itu satu UJIAN dan dijanjikan PAHALA,
Bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
Jika kau redha,sabar dan terus berusaha,
Tapi kita sememangnya BODOH ,
Jika kau langsung TIDAK BERUSAHA,
Kerana kau pasti akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menangggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah keluarga.

Temanku.
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan  dimulia,
Jika tidak didunia,
NUN DISYURGA...
Bertemu Cinta dalam SG, Hidup Lebih Indah terarah, Menyulam Tautan Hati Kerana ALLAH, Terpaterilah ikatan Aqidah