." Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. Tetapi, hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya.
Wednesday, 29 June 2011
Kasturi Syurga...
Saturday, 25 June 2011
MAwar-Mawar MujahiDah..
Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah…

SEKALI WANITA TEERGODA, GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA.....
SEKALI WANITA TERNODA, BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.....
Friday, 24 June 2011
Dengarlah duhai temanku sayang
Dengarlah duhai temanku sayang.
Temanku,
Allah menciptakan manusia sama sahaja,
Dengan sebaik- baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu yang berbeza-beza.
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yg tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kita diberi peluang membuat pilihan,
Kita juga tanggung natijahnya,
"sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian“"
Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kekal disana rendah darjatnya,
”"Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman diantara kamu dan orang yang berilmu beberapa darjat"“.
(surah al-mujadilah :11)
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
jika tidak dituang air,
molekul udara akan memenuhinya,
begitu juga diri kita
jika tidak diisi iman,
masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlukan pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yg takutkan Allah,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kita ummat pilihan,
“"WE are the best ummah”"
"Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa"
(Al-Hujurat : 13)
Jelaskan visi perjalanan,
-"Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari azab neraka".” (al-baqarah :201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
“"Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan”"
(al-alaq :1-2)
Temanku,
Kita tidak bodoh andai kita GAGAL selepas BERUSAHA,
Kerana itu satu UJIAN dan dijanjikan PAHALA,
Bakal mengangkat darjatmu disisi-Nya,
Jika kau redha,sabar dan terus berusaha,
Tapi kita sememangnya BODOH ,
Jika kau langsung TIDAK BERUSAHA,
Kerana kau pasti akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menangggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah keluarga.
Temanku.
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak didunia,
NUN DISYURGA...
Subscribe to:
Comments (Atom)



